Monday, January 24, 2011

dilemma stadium olimpik




stadium olimpik akan bersama sama menjalani temasya sukan paralimpik dan juga olimpik 2012.stadium yang lokasinya marshgate lane di stratford berdekatan lower lea valley bakal berkapasiti 80,000 dan bakal membuatkanya sebagai ketiga terbesar di britain dibelakang wembley stadium dan stadium twickenham.stadium olimpik ini kebarangkalian episodnya adalah seperti kes stadium city of manchester yang dimana stadium itu dibina untuk sukan commonwealth dan kemudianya diserahkan kepada kelab manchester city.


berbanding dengan penyokong manchester city yang terbuka menerima stadium city of manchester,stadium olimpik ini menerima respon negatif daripada penyokong khususnya spurs.mereka enggan menerima stadium ini kerana ia diterima bermakna mereka dipatut digelar stratford hotspurs bukannya tottenham hotspurs.ia kerana faktor geografi yang diluar kawasan spurs menyebabkan mereka merasa kurang senang dengan situasi ini.jarak white hart lane ke startford adalah 7 batu dan adalah sedikit jauh berbanding pencabar mereka iaitu leyton orient dan west ham.


penyokong juga berpendapat bahawa jikalau mereka berpindah mereka boleh melupakan permusuhan dengan arsenal kerana ia bukan lagi permusuhan london utara dan mereka juga menganggap west ham united sebagai permusuhan moden mereka.penyokong spurs yang telah bermastautin di utara london pada dekad ini menganggap pepindahan ini meyebabkan mereka akan merasa bukanlah penyokong yang sebenarnya dimana mereka sebenanya menyokong kelab diluar kawasan mereka iaitu east london.ia sebenarnya menyumbang perkara negatif kepada kelab spurs sendiri dimana pada kebelakangan ini mereka kelab yang melonjak dipersada BPL boleh kehilangan penyokong setia dengan kadar yang banyak.dan lebih memburukkan lagi ialah kehilangan sejarah mereka diwhite hart lane.


pencabar untuk stadium ini juga leyton orient.jaraknya hanya 2 batu ke stadium olimpik dan 4 batu ke upton park.sebenarnya pemilikan leyton orient ke atas olimpik stadium boleh dianggap kejayaan yang besar pada kelab yang menghuni liga 1 ini.namun jika the O's ini berjaya,kapasiti stadium akan dikurangkan menjadi 25,000 sahaja berdasarkan nilai secara kesuluruhannya penyokong the o's hanyalah 5000 pada satu perlawanan.namun menjadi isu pada penyokong leyton orient adalah trek lumba lari disekitar padang,ia memerlukan modal untuk diubah menjadi stadium seperti craven cottage.kebanyakan penyokong spurs bersetuju the o's berpindah ke stadium olimpik agar mereka dapat menjana dan memajukan kelab mereka.


west ham.kelab di east london meskipun bernama west ham.ia adalah pilihan yang kuat selain spurs.mempunyai penyokong yang kuat dikawasan london tidak mustahil ia adalah satu pemilikan yang sempurna.namun jika mereka memiliki stadium tersebut,pihak west ham akan mengurangkan kapasiti didalam stadium menjadi 60,000.owners the hammers telah menunjukkan plan bahawa stadium olimpik juga akan dijadikan stadium serbaneka dimana ia akan dijadikan sebagai gelanggang NFL,kriket,atlet dan juga konset.terdapat juga penyokong west ham berpendapat perpindahan ke stadium olimpik dan menjana pendapatan pemain dan juga kelab sekaligus akan berdaya saing.west ham juga meraih sokongan daripada individu seperti lord coe,pele,jimmy greaves dan juga pemain yang menjalani perpindahan secara pinjaman ke spurs iaitu beckham.respon para penyokong mereka juga berharap agar berpindah ke stadium yang baru untuk dapat menikmati satu lagi level diatas stadium upton park.

secara kesuluruhanya pihak pengurusan khususnya spurs perlu melihat pada kedua kelab ini iaitu fc united of manchester dan afc liverpool.ia diwujudkan diatas ketidak relevan pihak pengurusan dimana sistem struktur mereka merundum seperti pemberian keistimewaan kepada penyokong setia mereka.ia sebenarnya telah memecah belahkan produk kelab sendiri dimana hilangnya penyokong hilanglah kemewahan sejarah kelab itu sendiri.

No comments:

Post a Comment