Saturday, January 29, 2011

Alkisah Hero Jepun :: Tadanari Lee

Tadanari Lee atau nama koreanya Lee Chung-Sung telah meranapkan impian australia pada malam tadi.teknik volley tersebut mengingatkan kepada gerakan zidane sewaktu aksi final melawan bayer leverkusen.tadanari yang beraksi untuk jepun pada semalam merupakan aksi kedua untuk jepun dan jaringan yang pertama buat tadanari yang pernah beraksi untuk skuad korea.


sejarah awal tadanari mula bermain adalah untuk Komine FC dan tidak lama kemudianya berhijrah ke Yokogawa Musashino FC.pada 2001,beliau meyertai skuad muda FC Tokyo dan mendapat tempat kedua pada perandingan All Japan Club Youth Soccer Tournament.walaupun mempunyai reputasi yang hebat dijepun,beliau membuat tindakan mengejut untuk mewakili bawah 19 dan 20 korea selatan.tadanari mempunyai sejarah talian keluarga dikorea biarpun lahir dijepun,oleh itu tadanari berhak mewakili negara yang dipilih.


namun tadanari sebelum ini yang menginginkan beraksi untuk korea selatan namun tidak mendapat sokongan moral.dikorea beliau telah menerima kecaman berunsurkan kenegaraan yang menyatakan beliau "Half-Jap" daripada rakan sepasukanya sendiri.perkara tersebut telah menyebabkan tadanari tawar hati dan seterusnya membuatkan impian tadanari untuk mewakili korea jauh daripada realiti.


tadanari kemudianya mendapat promosi ke skuad utama ke FC Tokyo pada 2004.namun kemudianya telah berpindah ke Kashiwa Reysol setahun kemudian.pada 2009 sekali lagi berhijrah untuk menyertai Sanfrecce Hiroshima.ketika beraksi untuk kashiwa reysol ia telah berjaya mendapat kerakyatan jepun dimana beliau tidak lagi bermain untuk korea.proses itu berjaya kerana tadanari tidak membuat penampilan diskuad utama korea selatan.pada sukan beijing 2008,tadanari telah berjaya melakukan penampilan bawah 23 jepun.tadanari hanya dapat melakukan penampilan diskuad utama hanyalah pada piala asia 2011.untuk lebih dramatik,skuad tadanari telah menewaskan jepun pada aksi sebelumnya.


perkara yang berunsur kenegaraan ini juga telah berlaku kepada Yoshiro Akiyama atau nama korea Choo Sung Hoon.ia sememangnya mahu diktiraf sebagai atlet korea namun korea enggan menerimanya.apabila yoshiro menerima medal emas 2002 sebagai warga jepun,media korea menyifatkan yoshiro bersikap tidak adil pada korea selatan.untuk membuktikan kesetianya pada korea,yoshiro meletakkan bendera jepun dan korea pada uniform pada beraksi dimana ia pergi.


namun selepas berakhirnya piala asia,apakah media korea akan melakukan tindakan provok tadanari seperti mana yoshiro?

No comments:

Post a Comment