Tuesday, January 25, 2011

asia ke eropah



park ji sung,antara pemain berjaya asia yang bermain dieropah untuk kelab manchester united.kejayaan park ji sung sebagai pemain asia pertama yang memenangi Premier League, bermain di Champions League final dan memenangi Champions League winners medal agak sukar dinikmati oleh pemain asia yang lain.maka layaklah park ji sung dianggap sebagai ikon korea dan bukannya lagenda korea selatan.selain park ji sung terdapat juga pemain asia yang menyinar pada dekad ini iaitu nakamura.shensuke nakamura juga pernah bertemu kelab park ji sung diperlawanan champion league dan menjaringkan jaringan yang dramatik dimana dikedua dua perlawanan peringkat kumpulan itu nakamura menjaringkan dari free kick yang agak sama cara jaringanya.yang terbaru pemain asia yang menjadi buruan tentunya keisuke honda.

akan tetapi jika anda melihat kejayaan park ji sung adalah kejayaan paling manis buat rakyat asia anda perlu merujuk pada nama Paulino Alcántara.beliau yang lahir pada 7 Oktober 1896 di Iloilo filifina merupakan lagenda barcelona dimana beliau telah memegang rekod sebagai penjaring terbanyak barca dengan 374 gol dari 375 perlawanan.beliau juga adalah pemain asia PERTAMA yang bermain di eropah.sebagai rekod,alcantara telah bermain untuk tiga negara iaitu catalonia,filifina dan sepanyol.FIFA dimasa itu membenarkan "free country-swapping" dimana FIFA hanya merombak sistem tersebut pada tahun 1960.

Debut alcantara melawan Catalá SC menyaksikanya menjaringkan tiga gol dan membolehkan barca memenangi dengan mudah 9-0.diberi nama gelaran "El Rompe Redes",beliau telah kembali bermain untuk bohemian sporting club difilifina pada 1917 dan dimasa itu barca gagal memenangi gelaran selepas berhijrah ke filifina pada 1916.beliau yang kembali ke tanah air selepas barcelona melepaskan kerana terkena jangkitan malaria itu menolong memenangi kejuaraan liga kejuaraan filifina pada tahun 1917 dan 1918.

pada tahun 1918 skuad barca memanggil kembali beliau menyertai kembali catalan dan mengubah posisi alcantara ke pertahanan.diawal kembalinya alcantara tidak menunjukkan pretasi sebenar dan memaksa manager ketika itu Jack Greenwell mengembalikan posisi asalnya iaitu penyerang.sekembalinya ke posisi asal,"the net breaker" mengembalinya zaman kegemilangan barca dengan menhadirnya kejuaraan Campionat de Catalunya pada tahun 1919, 1920, 1921, 1922, 1924, 1925, 1926 dan terakhir 1927.namun sebelum itu beliau telah pun menhadirkan tropi yang sama pada tahun 1913 dan 1916.antara catatan mengagumkan beliau telah menolong filifina menewaskan jepun 15-2 pada pertandingan  Far Eastern Championship Games di tahun 1917.

pemain malaysia haruslah mencontohi keazaman alcantara,muncul dizaman yang tidak menjanjikan pemain bolasepak sebagai kerjaya berprofil jutawan seperti generasi seterusnya iaitu lionel messi.buktikan anak malaysia juga mampu setaraf alcantara, malaysia boleh !.

No comments:

Post a Comment