Friday, January 28, 2011

gol pemain sepanyol dipentas final champion league

sepanyol memiliki kelab dan liga yang terbaik didunia.kelab sepanyol juga memiliki pemain yang bertaraf dunia sejak era puskas hinggalah ke messi.kecemerlangan pemain bertaraf dunia telah berjaya membawa kelab sepanyol mengunguli persada dunia melalui liga mahupun pertandingan pertandingan luar negara.jesteru itu,adalah tidak hairan kelab dari sepanyol juga telah membuat persembahan perlawanan akhir champion league sebanyak 21 kali.namun berapakah pemain sepanyol yang telah berjaya menyumbat gol diperlawanan akhir.

terdapat 2 sistem iaitu dizaman dikenali european cup dan juga champion league.
european cup diasaskan dengan persembahan pasukan wolverhampton wanderers pada tahun 1950an yang selalu memenangi perlawananan persahabatan diluar negara,dengan itu mereka mengelarkan mereka sebagai jaguh eropah secara tidak rasmi.pada tahun 1955 european league telah distruktur menjadi kejohanan yang mengumpulkan kelab-kelab ternama beradu memenangi piala ini.manakala champion league telah diolah menjadi pertandingan bolasepak moden pada tahun 1992 dengan merombak penyertaan dan undang - undang didalam pertandingan ini.

keseluruhan pasukan dari sepanyol yang telah berjaya melangkah kepentas final adalah sebanyak 4 pasukan iaitu real madrid,barcelona,valencia dan atletico madrid.real madrid merupakan pasukan yang paling banyak merangkul kejuaraan dengan 9 kali juara dengan 12 kali dipentas akhir.pasukan barcelona menjuarai pertandingan ini dengan 3 kejuaraan namun kecundang juga dengan 3 kali.valencia dan atletico madrid masing-masing tidak pernah menjuarai meskipun valencia pernah bermain 2 kali dan atletico madrid sekali.

dizaman european cup hanya 7 sahaja pemain sepanyol yang berjaya menembusi gawang iaitu luis aragones,Amancio Amaro,Fernando Serena,Enrique Mateos,Francisco Gento,Marcos Alonso Imaz dan Rafael Batista Hernández.kesemuanya adalah pemain real madrid kecuali luis aragones.luis aragones merupakan penjaring tunggal buat atletico dimana beliau menjaringkan 1 gol walaupun tewas dengan bayern munich.luis aragones juga memegang jawatan sebagai jurulatih atletico madrid selepas bersara dari arena bola sepak dan mendukung sepanyol menjuarai euro 08 dalam masa 44 tahun.

manakala dizaman champion league hanya 4 orang iaitu morientes,raul,mendeita dan alonso.hanya alonso sahaja yang menjaringkan gol dimana beliau bukan menwakili kelab dari sepanyol.alonso juga adalah penjaring terakhir untuk pemain sepanyol dimana beliau menewaskan dida didalam sepakan penalti pada final 05.meskipun kelab barcelona selepas itu telah berjaya ke final 06 dan 09 namun tiada pemain sepanyol yang dapat menewaskan penjaga gol lawan.

kitman.

No comments:

Post a Comment