Saturday, January 29, 2011

Alkisah Hero Jepun :: Tadanari Lee

Tadanari Lee atau nama koreanya Lee Chung-Sung telah meranapkan impian australia pada malam tadi.teknik volley tersebut mengingatkan kepada gerakan zidane sewaktu aksi final melawan bayer leverkusen.tadanari yang beraksi untuk jepun pada semalam merupakan aksi kedua untuk jepun dan jaringan yang pertama buat tadanari yang pernah beraksi untuk skuad korea.


sejarah awal tadanari mula bermain adalah untuk Komine FC dan tidak lama kemudianya berhijrah ke Yokogawa Musashino FC.pada 2001,beliau meyertai skuad muda FC Tokyo dan mendapat tempat kedua pada perandingan All Japan Club Youth Soccer Tournament.walaupun mempunyai reputasi yang hebat dijepun,beliau membuat tindakan mengejut untuk mewakili bawah 19 dan 20 korea selatan.tadanari mempunyai sejarah talian keluarga dikorea biarpun lahir dijepun,oleh itu tadanari berhak mewakili negara yang dipilih.


namun tadanari sebelum ini yang menginginkan beraksi untuk korea selatan namun tidak mendapat sokongan moral.dikorea beliau telah menerima kecaman berunsurkan kenegaraan yang menyatakan beliau "Half-Jap" daripada rakan sepasukanya sendiri.perkara tersebut telah menyebabkan tadanari tawar hati dan seterusnya membuatkan impian tadanari untuk mewakili korea jauh daripada realiti.


tadanari kemudianya mendapat promosi ke skuad utama ke FC Tokyo pada 2004.namun kemudianya telah berpindah ke Kashiwa Reysol setahun kemudian.pada 2009 sekali lagi berhijrah untuk menyertai Sanfrecce Hiroshima.ketika beraksi untuk kashiwa reysol ia telah berjaya mendapat kerakyatan jepun dimana beliau tidak lagi bermain untuk korea.proses itu berjaya kerana tadanari tidak membuat penampilan diskuad utama korea selatan.pada sukan beijing 2008,tadanari telah berjaya melakukan penampilan bawah 23 jepun.tadanari hanya dapat melakukan penampilan diskuad utama hanyalah pada piala asia 2011.untuk lebih dramatik,skuad tadanari telah menewaskan jepun pada aksi sebelumnya.


perkara yang berunsur kenegaraan ini juga telah berlaku kepada Yoshiro Akiyama atau nama korea Choo Sung Hoon.ia sememangnya mahu diktiraf sebagai atlet korea namun korea enggan menerimanya.apabila yoshiro menerima medal emas 2002 sebagai warga jepun,media korea menyifatkan yoshiro bersikap tidak adil pada korea selatan.untuk membuktikan kesetianya pada korea,yoshiro meletakkan bendera jepun dan korea pada uniform pada beraksi dimana ia pergi.


namun selepas berakhirnya piala asia,apakah media korea akan melakukan tindakan provok tadanari seperti mana yoshiro?

Oh Torres'dOh

Friday, January 28, 2011

kata² el-pistolero

gol pemain sepanyol dipentas final champion league

sepanyol memiliki kelab dan liga yang terbaik didunia.kelab sepanyol juga memiliki pemain yang bertaraf dunia sejak era puskas hinggalah ke messi.kecemerlangan pemain bertaraf dunia telah berjaya membawa kelab sepanyol mengunguli persada dunia melalui liga mahupun pertandingan pertandingan luar negara.jesteru itu,adalah tidak hairan kelab dari sepanyol juga telah membuat persembahan perlawanan akhir champion league sebanyak 21 kali.namun berapakah pemain sepanyol yang telah berjaya menyumbat gol diperlawanan akhir.

terdapat 2 sistem iaitu dizaman dikenali european cup dan juga champion league.
european cup diasaskan dengan persembahan pasukan wolverhampton wanderers pada tahun 1950an yang selalu memenangi perlawananan persahabatan diluar negara,dengan itu mereka mengelarkan mereka sebagai jaguh eropah secara tidak rasmi.pada tahun 1955 european league telah distruktur menjadi kejohanan yang mengumpulkan kelab-kelab ternama beradu memenangi piala ini.manakala champion league telah diolah menjadi pertandingan bolasepak moden pada tahun 1992 dengan merombak penyertaan dan undang - undang didalam pertandingan ini.

keseluruhan pasukan dari sepanyol yang telah berjaya melangkah kepentas final adalah sebanyak 4 pasukan iaitu real madrid,barcelona,valencia dan atletico madrid.real madrid merupakan pasukan yang paling banyak merangkul kejuaraan dengan 9 kali juara dengan 12 kali dipentas akhir.pasukan barcelona menjuarai pertandingan ini dengan 3 kejuaraan namun kecundang juga dengan 3 kali.valencia dan atletico madrid masing-masing tidak pernah menjuarai meskipun valencia pernah bermain 2 kali dan atletico madrid sekali.

dizaman european cup hanya 7 sahaja pemain sepanyol yang berjaya menembusi gawang iaitu luis aragones,Amancio Amaro,Fernando Serena,Enrique Mateos,Francisco Gento,Marcos Alonso Imaz dan Rafael Batista Hernández.kesemuanya adalah pemain real madrid kecuali luis aragones.luis aragones merupakan penjaring tunggal buat atletico dimana beliau menjaringkan 1 gol walaupun tewas dengan bayern munich.luis aragones juga memegang jawatan sebagai jurulatih atletico madrid selepas bersara dari arena bola sepak dan mendukung sepanyol menjuarai euro 08 dalam masa 44 tahun.

manakala dizaman champion league hanya 4 orang iaitu morientes,raul,mendeita dan alonso.hanya alonso sahaja yang menjaringkan gol dimana beliau bukan menwakili kelab dari sepanyol.alonso juga adalah penjaring terakhir untuk pemain sepanyol dimana beliau menewaskan dida didalam sepakan penalti pada final 05.meskipun kelab barcelona selepas itu telah berjaya ke final 06 dan 09 namun tiada pemain sepanyol yang dapat menewaskan penjaga gol lawan.

kitman.

kapten di anfield

Tuesday, January 25, 2011

asia ke eropah



park ji sung,antara pemain berjaya asia yang bermain dieropah untuk kelab manchester united.kejayaan park ji sung sebagai pemain asia pertama yang memenangi Premier League, bermain di Champions League final dan memenangi Champions League winners medal agak sukar dinikmati oleh pemain asia yang lain.maka layaklah park ji sung dianggap sebagai ikon korea dan bukannya lagenda korea selatan.selain park ji sung terdapat juga pemain asia yang menyinar pada dekad ini iaitu nakamura.shensuke nakamura juga pernah bertemu kelab park ji sung diperlawanan champion league dan menjaringkan jaringan yang dramatik dimana dikedua dua perlawanan peringkat kumpulan itu nakamura menjaringkan dari free kick yang agak sama cara jaringanya.yang terbaru pemain asia yang menjadi buruan tentunya keisuke honda.

akan tetapi jika anda melihat kejayaan park ji sung adalah kejayaan paling manis buat rakyat asia anda perlu merujuk pada nama Paulino Alcántara.beliau yang lahir pada 7 Oktober 1896 di Iloilo filifina merupakan lagenda barcelona dimana beliau telah memegang rekod sebagai penjaring terbanyak barca dengan 374 gol dari 375 perlawanan.beliau juga adalah pemain asia PERTAMA yang bermain di eropah.sebagai rekod,alcantara telah bermain untuk tiga negara iaitu catalonia,filifina dan sepanyol.FIFA dimasa itu membenarkan "free country-swapping" dimana FIFA hanya merombak sistem tersebut pada tahun 1960.

Debut alcantara melawan Catalá SC menyaksikanya menjaringkan tiga gol dan membolehkan barca memenangi dengan mudah 9-0.diberi nama gelaran "El Rompe Redes",beliau telah kembali bermain untuk bohemian sporting club difilifina pada 1917 dan dimasa itu barca gagal memenangi gelaran selepas berhijrah ke filifina pada 1916.beliau yang kembali ke tanah air selepas barcelona melepaskan kerana terkena jangkitan malaria itu menolong memenangi kejuaraan liga kejuaraan filifina pada tahun 1917 dan 1918.

pada tahun 1918 skuad barca memanggil kembali beliau menyertai kembali catalan dan mengubah posisi alcantara ke pertahanan.diawal kembalinya alcantara tidak menunjukkan pretasi sebenar dan memaksa manager ketika itu Jack Greenwell mengembalikan posisi asalnya iaitu penyerang.sekembalinya ke posisi asal,"the net breaker" mengembalinya zaman kegemilangan barca dengan menhadirnya kejuaraan Campionat de Catalunya pada tahun 1919, 1920, 1921, 1922, 1924, 1925, 1926 dan terakhir 1927.namun sebelum itu beliau telah pun menhadirkan tropi yang sama pada tahun 1913 dan 1916.antara catatan mengagumkan beliau telah menolong filifina menewaskan jepun 15-2 pada pertandingan  Far Eastern Championship Games di tahun 1917.

pemain malaysia haruslah mencontohi keazaman alcantara,muncul dizaman yang tidak menjanjikan pemain bolasepak sebagai kerjaya berprofil jutawan seperti generasi seterusnya iaitu lionel messi.buktikan anak malaysia juga mampu setaraf alcantara, malaysia boleh !.

Monday, January 24, 2011

dilemma stadium olimpik




stadium olimpik akan bersama sama menjalani temasya sukan paralimpik dan juga olimpik 2012.stadium yang lokasinya marshgate lane di stratford berdekatan lower lea valley bakal berkapasiti 80,000 dan bakal membuatkanya sebagai ketiga terbesar di britain dibelakang wembley stadium dan stadium twickenham.stadium olimpik ini kebarangkalian episodnya adalah seperti kes stadium city of manchester yang dimana stadium itu dibina untuk sukan commonwealth dan kemudianya diserahkan kepada kelab manchester city.


berbanding dengan penyokong manchester city yang terbuka menerima stadium city of manchester,stadium olimpik ini menerima respon negatif daripada penyokong khususnya spurs.mereka enggan menerima stadium ini kerana ia diterima bermakna mereka dipatut digelar stratford hotspurs bukannya tottenham hotspurs.ia kerana faktor geografi yang diluar kawasan spurs menyebabkan mereka merasa kurang senang dengan situasi ini.jarak white hart lane ke startford adalah 7 batu dan adalah sedikit jauh berbanding pencabar mereka iaitu leyton orient dan west ham.


penyokong juga berpendapat bahawa jikalau mereka berpindah mereka boleh melupakan permusuhan dengan arsenal kerana ia bukan lagi permusuhan london utara dan mereka juga menganggap west ham united sebagai permusuhan moden mereka.penyokong spurs yang telah bermastautin di utara london pada dekad ini menganggap pepindahan ini meyebabkan mereka akan merasa bukanlah penyokong yang sebenarnya dimana mereka sebenanya menyokong kelab diluar kawasan mereka iaitu east london.ia sebenarnya menyumbang perkara negatif kepada kelab spurs sendiri dimana pada kebelakangan ini mereka kelab yang melonjak dipersada BPL boleh kehilangan penyokong setia dengan kadar yang banyak.dan lebih memburukkan lagi ialah kehilangan sejarah mereka diwhite hart lane.


pencabar untuk stadium ini juga leyton orient.jaraknya hanya 2 batu ke stadium olimpik dan 4 batu ke upton park.sebenarnya pemilikan leyton orient ke atas olimpik stadium boleh dianggap kejayaan yang besar pada kelab yang menghuni liga 1 ini.namun jika the O's ini berjaya,kapasiti stadium akan dikurangkan menjadi 25,000 sahaja berdasarkan nilai secara kesuluruhannya penyokong the o's hanyalah 5000 pada satu perlawanan.namun menjadi isu pada penyokong leyton orient adalah trek lumba lari disekitar padang,ia memerlukan modal untuk diubah menjadi stadium seperti craven cottage.kebanyakan penyokong spurs bersetuju the o's berpindah ke stadium olimpik agar mereka dapat menjana dan memajukan kelab mereka.


west ham.kelab di east london meskipun bernama west ham.ia adalah pilihan yang kuat selain spurs.mempunyai penyokong yang kuat dikawasan london tidak mustahil ia adalah satu pemilikan yang sempurna.namun jika mereka memiliki stadium tersebut,pihak west ham akan mengurangkan kapasiti didalam stadium menjadi 60,000.owners the hammers telah menunjukkan plan bahawa stadium olimpik juga akan dijadikan stadium serbaneka dimana ia akan dijadikan sebagai gelanggang NFL,kriket,atlet dan juga konset.terdapat juga penyokong west ham berpendapat perpindahan ke stadium olimpik dan menjana pendapatan pemain dan juga kelab sekaligus akan berdaya saing.west ham juga meraih sokongan daripada individu seperti lord coe,pele,jimmy greaves dan juga pemain yang menjalani perpindahan secara pinjaman ke spurs iaitu beckham.respon para penyokong mereka juga berharap agar berpindah ke stadium yang baru untuk dapat menikmati satu lagi level diatas stadium upton park.

secara kesuluruhanya pihak pengurusan khususnya spurs perlu melihat pada kedua kelab ini iaitu fc united of manchester dan afc liverpool.ia diwujudkan diatas ketidak relevan pihak pengurusan dimana sistem struktur mereka merundum seperti pemberian keistimewaan kepada penyokong setia mereka.ia sebenarnya telah memecah belahkan produk kelab sendiri dimana hilangnya penyokong hilanglah kemewahan sejarah kelab itu sendiri.

pengadil wanita

wolves vs liverpool menampilkan pembantu pengadil wanita,ia adalah Sian Massey yang berasal dari coventry,wanita ini menampilkan aksi bermutu dimana kebijaksanaan beliau membenarkan gol torres yang berpunca dari meireles yang dikatakan offside.ia kemudian dicemuh oleh komentetor andy gray dan richard keys dimana menyatakan bahawa sian messey telah melakukan kesilapan.namun anggapan kedua-dua hos itu adalah silap dan segera meminta maaf selepas beberapa hari perlawanan.


sebelum sian messey harum namanya telah muncul Amy Fearn yang berjaya menjalankan watak pengadil pada perlawanan coventry city melawan nottingham forest.ia adalah rekod kerana amy bukanlah pengadil garisan,ia adalah pengadil utama.kelibat wanita sebenarnya bukanlah sesuatu yang dianggap asing.jika masa dahulu,kelibat pengadil wanita hanyalah pengadil ke-empat hanyalah sebagai menyatakan masa tambahan sahaja,namun pada waktu sekarang ianya lebih terarah untuk bersedia untuk beraksi sekiranya pengadil ataupun pengadil garisan mengalami kecederaan.

seperti kata kata akhir sian massey pada selepas perlawanan wolves dan liverpool."saya harap kejayaan saya malam ini dijadikan momentum untuk pengadil wanita melibatkan diri didalam arena yang dikuasai kaum lelaki ini".untuk wanita diUK juga dimalaysia.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


pengadil kelima telah diguna pakai sewaktu berlansungnya world cup 2006,ia juga sebagai persediaan jikalau berlaku kecederaan pada pengadil.untuk pengadil keenam dan ketujuh UEFA telah mengumumkan lebih 2 orang pengadil lagi didalam perlawanan rasmi,ia telah pun diuji pada liga Europa pada musim lepas kemudian digunakan pada Champion League dan seterusnya pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2012.tugas perngadil ketujuh dan kelapan diletakkan pada posisi kawasan gol,dimana ia dapat menolong pengadil membuat keputusan yang tepat.

Saturday, January 22, 2011

terima kasih loose cannon & kosmo

22/01/11
Abang aku :: wei,komen ko kluar ke kosmo
Kitman :: komen ape?
Abang aku :: pasal piala dunia
kitman :: owhhh...


btw terima kasih kepada loose cannon @ rizal hashim @ http://rizalhashim.blogspot.com & kosmo kerana menyiarkan komen saya pada akhbar kosmo hari ini iaitu 22/01/11.meskipun ia penulisan yang kurang mantap,namun saya harus berterima kasih kerana menhargai dan menyiarkan nukilanku.terima kasih dari saya.kitman.




: akan tetapi kitman terlupa menyebut 2 isu iaitu kemana perginya skuad 1asean selepas world cup tamat?apakah mungkin kembali beraksi sebagai 1asean?bagaimana pula kelayakan piala aff suzuki?dan yang kedua apakah negara yang patut disanjungi selepas memenangi piala ini?jika malaysia,apakah rakyat indonesia senang dengan perkara ini.kitman.

Friday, January 21, 2011

welcome to hell @ heaven?

selamat datang ke neraka?ya itulah ataupun bahasa inggerisnya welcome to hell yang ditujukan kepada masyarakat atau kelab britain.namun stadium ali sami yen yang didukungi oleh kelab galatasaray bakal digantikan dengan stadium yang baru.stadium yang tidak diketahui akan menyamai atau melebihi ataupun merundum atmosferanya.membina satu stadium sebenarnya memberi kesan yang besar pada sesuatu kelab misalanya sebagai contoh pada kelab british,kenapa kelab british?kerana kitman lebih alert pada BPL.


Arsenal - Highbury - Ashburton Grove - 2006 
::tidak memenangi sebarang tropi sejak berpindah

Derby County - Baseball Ground - Pride Park - 1997 
::tersingkir pada 2002 dan Derby County juga mengalami krisis kewangan sejak itu, pernah mendapat promotion tetapi tersingkir selepas satu season

Southampton FC - The Dell - St Marys - 2001 
::tersingkir BPL pada 2004 dan tersingkir lagi pada 2009 disaingan liga championship,sekarang  bermain di league one.

Manchester City - Maine Road - City Of Manchester - 2003 
::City tidak pernah menang dalam 30 tahun sebelum dan selepas berpindah ke stadium yang baru.

Leicester City - Filbert Street - Walkers Stadium - 2002 
::tersingkir pada season stadium dibuka.sekarang hanya bermain diliga championship.

Coventry City - Highfield Road - Rioch Arena - 2005 
::Coventry City tersingkir pada 2001 dan tidak menampakkan ciri-ciri comeback walaupun pernah menjadi penghuni tetap BPL selama 34 tahun.nampaknya rioch arena tidak segagah highfield road.

Middlesborough - Ayresome Park - Riverside - 1996 
::telah tersingkir pada 1997 namun kembali selepas satu season tapi kembali tersingkir pada 2008 dengan keputusan buruk.

Bolton Wanderers - Burnden Park - Reebok Stadium - 1998 
::tersingkir pada musim yang sama mereka berpindah ke stadium yang baru.


Galatasaray - stadium ali sami yen - Türk Telekom Arena - 2011
:: welcome to hell ?

Thursday, January 20, 2011

2030 world cup : 1 asean : 10 negara

Indonesia, Malaysia, Thailand, Philippines, Singapore, Brunei, Cambodia, Vietnam, Laos dan Myanmar bergabung manjadi hos piala dunia 2010?seakan tidak logik.dan juga seakan rendah martabat sebuah negara asia jika dilakukan sebegini.adakah bangga menikmati jata asean yang menampilkan ikatan padi itu?


persoalan juga terpacul seperti reaksi rakyat.mampukah malaysia dan indonesia berbaik meskipun didalam bolasepak?kemboja dan myanmar juga seteru dibolasepak ataupun politik.seperti yang jelas terpancar pada piala asean,pasukan malaysia diarak menaiki kereta barracuda.adakah lengkap kelengkapan untuk menganjurkan kejohanan ini dari segi fizikal dan juga mental.


soal pasukan tersebut.bagaimana pula perhitungan kuantiti pemain didalam bolasepak itu sendiri?adakah wajar 10 negara hanya menyenarai 2 orang pemain?bagaiman pula seisi pemilihan?dapatkah diketepikan politik sukan yang senantiasa subur?


secara umumnya didalam piala dunia terdapat 32 negara beraksi.ini bermakna juga mereka harus melepasi seisi kelayakan kumpulan,seperti yang kita ketahui dipiala dunia terdapat 8 kumpulan dan bagaimanakah mereka melalui kelayakan kumpulan itu?adakah seperti perlawanan pertama misalan dibrunei,kedua juga dibrunei?ataupun yang kedua dimyanmar?


adakah pemaianan politik yang didukungi asean dan disokongi oleh materialistik FIFA?adakah yang memberi cadangan itu die hard fan bolasepak ataupun sekadar memenuhi portfolio mereka sahaja.

Saturday, January 15, 2011

code nike

code nike jerseys


0xx = Dominant Black/Grey
1xx = Dominant White
2xx = Dominant Brown
3xx = Dominant Green/Light Green
4xx = Dominant Blue/Light Blue
5xx = Dominant Purple
6xx = Dominant Red/Pink/Maroon
7xx = Dominant Yellow/Gold
8xx = Dominant Orange
9xx = Special Make Up



example :
Holland Home 2009-2010: 376906-815 (orange colour jersey)
The colour code is 815 and falls under the 8xx category.

8: orange 1: black 5: purple :: holland